Selamat tahun baru 2016


sudah lama tidak mengupdate blog ini. cehh. pembaca blog pun takda. haha..

Kali ini Syed akan menulis kisah lepas pada 2015. Throwback moment.

Pelbagai kisah suka dan duka telah terjadi pada 2015.. kalau nak diceritakan memang panjang.. jadi,saya akan pendekkan cerita dari A hingga Z..

January 2015:-
time ni memang dah sedia nak hadap SPM.. semangat penuh membara untuk menghadapi peperiksaan besar..time tu tak terasa Syed ni senior.. budak skema kn? . Azam 2015 penting pada masa tu.. First belajar di 5T2 hanya gelak pada masa 1-2. Gelak sebab Cikgu Azilah suka buatkan kami mencuit hati pelajar melayu.. :') Rindu cikgu2 di SMKMS..
31/1/15:- Birthday Zafirah.. haha masa tu berkenalan dengan dia baru 2 bulan agaknya.. padahal 1 group dengan dia.. dari group FB ke group Wechat ke group Whatsapp.. mungkin lepas ni ke group Telegram..haha.. SHAAQZ sentiasa diingati :')

Febuary 2015

Selamat menyambut Maulidur Rasul .. Bulan Febuary banyak moment yang terungkap. pelbagai suka dan duka..Semangat nak belajar tetap ada dalam diri.. pada bulan Febuary, pasukan Ketum Club Football telah melakukan permainan pertama dalam 2015.. Tak silap waktu cuti tahun baru Cina kot..


-sesi mengambil gambar selepas menyambut maulidur rasul di sekolah. dari kiri Aidil,Syed,CJ Farid , Fizi

sebenarnya ada banyak lagi.. tapi dah hilang..

masa awal tahun,Syed suka letak gambar lepastu edit letak nama.. haha rasanya Syed takkan letak kat sini haha..



-Antara moment selepas perlawanan antara Ketum Club Football dan Tiger Junior. gambar terakhir,adalah gambar 1 team yang lengkap. KCF selamanya..


March
Happy Birthday to me!! Bulan 3 adalah bulan kelahiran Syed. 19.3.1998. Bulan 3 penuh dengan kisah menarik. Yang tak boleh lupakan , Pergi ke Johor Bahru untuk menghadiri Keputaraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 23.3.2015.  dari pukul 3 pagi hinggan 12 tengah hari tak tidur.. excited nak tengok upacara yang jarang diadakan dalam sekali seumur hidup. haha .. memang best. dapat jumpa dengan kawan sekolah lain, dapat jalan jalan ke Danga Bay.. dekat je ..haha.. tengah sedap tidur dalam bas, Aini call suruh datang rumah Ain.. hahaha.. Aini dengan Ain memang suka sakat Syed..  Lain lain moment tak ingt . Rasa ada..
Tak lupa juga pasal Le Tour De Langkawi 2015. selalu ikut perkembangan pasal LTDL15. The best Rider, Andrea Guardini tetap jadi Idola dalam dunia lumba basikal lebuh raya..




-Andrea Guardini dari pasukan Astana Pro Team. Team Favourite from Kazahktan,Favourite Rider from Italy


-Ucapan Birthday dari Firdaus Adi,, *A321 Turkish Airline Borussia Dortmund Livery*



-Lepas balik dari Johor Bahru,terus datang ke rumah Ain, Ain dengan Aini kaki sakat Syed jer.. haha sabor jelh ,.. lepastu bercerita pasal zaf. hm time tu Syed rapat dengan Zaf.


April.
Sampai sudah ke Bulan 4 dimana bulan penuh mencabar bagi Syed sendiri.. Time tu keputusan terpaksa dibuat dengan cepat.. Time tu lh jugak, Syed terpaksa buat keputusan sendiri yang mana boleh buat orang berubah dengan sekelip mata.. okay sebak sekejap. tapi bulan 4 lah yang paling meriah. tiap-tiap minggu mesti ada aktiviti luar sekolah..

-10-11/4/15:- Karnival di Sekolah Tun Aminah. Karnival ini dibuat sempena sekolah itu sudah mencapai 50 tahun . Katanya sekolah tu akan menjadi sekolah kluster kecermelangan.. Alhamdulillah. Syed pergi 10.4.2015 (Jumaat) . memang tepat syed datang,dapat jumpa dengan Ain,Aini,Aina.. diaorang ni kaki sakat syed jer. haha..

-11/4/15:- tarikh ni memang syed akan ingat bila bila.. bukan apa,Syed menyertai satu anjuran daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau YADIM di UTHM. banyak sekolah yang join anjuran dari YADIM.. paling tak disangka dapat jumpa Zafirah dari SMK Dato Onn.. Jauh kan? Haa rezeki agaknya bila dapat jumpa dia. Dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dekat UTHM bersama fasi UTHM.. fasi UTHM sporting.. walaupun masatu syed pendiam.. tapi usaha juga cari kawan syed tu,, last2 tak jumpa.. sampailah dia bagi gambar..baru Syed perasan,,haha . Oh lupa,kawan syed pun ikut. 1 kelas.. datang sana asyik intai org jer,, nasib semua sporting sporting.. haha..

-19/4/15:- Tarikh ini memang akan aku ingat selalu.. syed tak nak cerita disini.. biarlah tersemat didalam hati Syed :')

-25/4/15:- Syed pergi ke sekolah High School ,Batu Pahat ada karnival yang dianjurkan oleh International University and Colleges atau INTI. Syed pergi dengan sahabat Syed ,Alif Aiman.. dan hasilnya.. dapat l pendrive 4gb dari INTI hasil soalan kuiz yeayy.. haha..masa tu demam.. tapi Alhamdulillah berjalan lancar.
-banyakkn moment2 penting yang terjadi pada April kan? :)

                                                
-haa ni lah syed cakapkan tu.. hahaha.. yang pakai cermin tu Zafirah,sebelahnya pula Aliah.. belakang sekali yang sedang bersandar tu baru lah Syed..pelik kan? tak perasan dia amik gambar..gambar ni selepas tamat karnival di UTHM anjuran YADIM


-okay ni pula gambar selepas ucapan dari orang atasan UTHM.. dengan wakil dari YADIM.. sentiasa dalam ingatan :') bukan senang nak dpt macam ni..

-Ni pula gambar masa di High School,Batu Pahat lepas karnival yang dianjurkan oleh INTI. sebelah kanan tu sahabat syed dari tingkatan 2 lagi.. Alif Aiman.. hensemkan dia? haha dh ramai kawan perempuan syed terpikat dengan dia..



Mei

sampai sudah bulan Mei,dimana bulan yang gelap buat syed sendiri.. Akhir bulan 5,SHAAQZ berpecah akibat salah faham syed dengan aini.. syed tak expect perkara ni berlaku,, syed terpaksa berbelah bahagi dengan aini,ain,Zafirah.. memang xthu nak buat apa apa .. hanya mampu sabar dengan dugaan.. sebelum perang mulut ,Ain ke hospital akibat apendik.. dia diberikan cuti 2 minggu. dan kitaorang sambut birthday dia tanpa perasaan gembira.. sebab masa tu belum selesai masalah salah faham.. syed dengan zafirah terpaksa berdiam diri dengan Aini dan Ain.. dan Akhirnya benda ni merebak ke bulan Jun ..
Jun

masalah yang belum selesai ,hinggalah semua berdiam diri dan meminta maaf.. tapi yang peliknya,Zaf berubah .. hm okay memang sedih.. orang yang kita sayang berubah sekelip mata.. opss tercerita pula.. haha pandai2 lah korang faham.. masa ni Aini lah yang dapat menolong syed,, banyak Aini tolong.. Terima kasih sangat.. manakala masalah Ain dengan Zaf belum selesai lagi,, Ain yang risau pada zaf hinggakan ain terpaksa memandang negatif pada zaf.. pada bulan Jun,umat islam seluruh dunia berpuasa,, 

Julai

selamat hari raya semua,, itulh ayat ayat yang sentiasa keluar dari kawan-kawan syed dari whatsapp,wechat,twitter,facebook.. masa ni lah untuk kita bermaafan bersama-sama..tapi bagi syed,raya tahun ni(2015) tak meriah kerana tak lama lagi syed akan menduduki peperiksaan percubaan pada akhir bulan ogos.. 






dari kawan syed dari Alor Star,Kedah.. Salbinah,Shaera,Nadirah dan Adam. nak tahu pasal diaorang,pergi ke entri 'Geng Bravo'


Dari Ain sekeluarga di kampungnya Parit Yusuf,Muar,


Dari Firdaus Adi sekeluarga di Ampang,Selangor,, 


dari Aini sekeluarga di kampunya..



Hari pertama mengunjungi rakan-rakan Ketum Club Football. gambar ini diambil di rumah Farid.


Hari yang istimewa buat Alif Aiman sendiri.. Alif buat sambutan hari kelahiranya pada 31 Julai.. Geng Ketum Club Football berkumpul sekali lagi,


Minggu terakhir sebelum raya tamat,, mengunjungi ke rumah Syawal,, rakan sekelas,, tapi bukan dari geng Ketum Club Football..


Ogos
Bulan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia.. tetapi bagi batch 98 tiada makna hendak menyambut kemerdekaan.. melainkan peringkat sekolah sahaja,, pada akhir bulan Ogos,kami menduduki peperiksaan percubaan SPM ,, hampir 2 bulan periksa ini berlangsung,, dengan ada ujian tertangguh akibat Jerebu yang melanda Malaysia pada September,

sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. 



September
Peperiksaan percubaan SPM berjalan lancar sehingga jerebu,kawasan Syed terpaksa dicutikan untuk beberapa hari akibat IPU yang melebihi 150..syed dimaklumkan,lepas peperiksaan percubaan,kawasan syed akan menghadapi sekali lagi peperiksaan julang .. iainya setara dengan percubaan SPM tetapi soalan yang dikeluarkan dari JPNJ.. so agak susah sikit soalan dia...peperiksaan Julang ini berakhir pada pertengahan Oktober.
Oktober
Bulan terakhir bagi batch 98 untuk membuat persiapan menghadapi SPM pada 2/11/15..so belajar pun kenalah express seperti kereta api laju..paling yang syed akan ingati ialah,sesi restu bersama cikgu-cikgu dan sesi mengambil gambar bersama cikgu,, maklumlh,masa periksa,kita tidak dapat jumpa cikgu lagi.. ada lagi satu..syed sertai 1 group bersama fan nuha,, namanya nuhalovers.. 







November

Bulan yang paling mencemaskan bagi syed dan seluruh batch 98.. "gudlcuck syed".. itulah ayat ayat yang diucapkan oleh kawan kawan syed..peperiksaan spm pada 2015 berlangsung dari 2/11 hingga 8/12. syed datang ke semua tarikh itu,, kertas terakhir ialah sains sukan 1,,, bermula petang pula tu,, hm hope syed dpat keputusan yang cemerlang,, Amin :)
Desember
lepas tamat peperiksaan spm,tidak tahu hendak dibuat melainkan ke cyber cafe untuk bermain game.. ada yang kawan bekerja.. ada yang holiday,, ada yang mereput macam syed..haha..tamat sudah moment moment yang menarik pada tahun 2015..

Terima kasih.
-Terima kasih kepada sahabat syed yang selalu menyokong syed dari belakang.. Alif Aiman,Ain Syahadah,Aini,Aina,Firdaus Adi,Shaera,Salbinah,Atiqah,Nadirah,Izzah Syazwani dan keluarga syed sendiri
-Terima kasih kerana memahami syed iaitu Zafirah,Siti Norhikmah,Siti Husniyah,Siti Aishah,Atiqah,Izzah Syazwani,,
-Terima kasih yang pernah muncul dalam hidup syed walaupun seketika.. Siti Saadiah,Siti Aishah,Atiqah,Nurul Syahida..
-Terima kasih kerana sentiasa dengan syed,, Shaera,Nadirah,Adam,Salbinah,Firdaus Adi,Ain Syahadah,Aini,Zafirah,Siti Norhikmah,Alif Aiman,Hamizi,Izzah Syazwani dan Aina
-yang paling sayang.. Siti Norhikmah,
-sahabat-sahabat ku,, terima kasih kerana selalu ada dengan syed,, syed akan sentiasa ingat korang,,SHAAQZ,Geng Bravo dan KCF :')


                                                   Sekian.. Assalamualaikum





































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari pertama orientasi tingkatan 6

Geng Bravo